Asean Skills Competition (ASC)

National Competition

Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC) Pertandingan Kemahiran ASEAN telah dianjurkan sejak 1995 yang mana Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan ini pada tahun 1995. Pertandingan ini dianjurkan setiap dua tahun secara bergilir oleh negara-negara ASEAN. Ia merupakan landasan kepada belia negara untuk bertanding, mendapat pengiktirafan, memperolehi peluang untuk menonjolkan bakat kemahiran di peringkat ASEAN. Disertai oleh belia yang berumur 17 hingga 22 tahun dan berkemahiran dalam bidang berkaitan.