MySkills ASEAN

International Competition

Pertandingan MySkills-ASEAN merupakan satu acara dwi-tahunan pertandingan kemahiran yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia kepada tenaga pengajar kemahiran Awam dan Swasta di peringkat ASEAN. Pertandingan seumpamanya ini julung kali diadakan dan Malaysia merupakan pelopor kepada pertandingan kemahiran seumpama ini di peringkat ASEAN. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk member pendedahan dan pengalaman kepada tenaga pengajar dan wakil dai Sembilan buah negara ASEAN mengenai kaedah pelaksanaan Pertandingan MySkils di Malaysia. Melalui pertandingan ini tenaga pengajar akan diberi pendedahan samada dari segi pengendalian pertandingan, mutu soalan dan sistem pemarkahan. Pertandingan Kemahiran ASEAN telah dianjurkan sejak 1995 yang mana Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan ini pada tahun 1995.

 

Objektif Pertandingan MySkills-ASEAN adalah:-

i. Sebagai platform bagi Mutual Recognition Agreement (MRA).
ii. Untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama antara 10 negara ASEAN menerusi Pertandingan MySkills-ASEAN.
iii. Perkongsian kepakaran latihan kemahiran antara negara ASEAN dapat dilaksanakan dan diaplikasikan.