WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP)

National Competition

Pertandingan WorldSkills Malaysia kategori Pengajar (WSMP) atau dahulunya dikenali Pertandingan MySkills merupakan satu pertandingan kemahiran untuk meningkatkan kekompetenan dan daya saing di kalangan pengajar kemahiran awam dan swasta. Dengan adanya pertandingan ini, pengajar dapat bersaing secara sihat untuk menunjukkan kemahiran yang terbaik di samping mendapat pengiktirafan dan ganjaran yang ditawarkan. Pengajar juga mendapat pendedahan dari segi teknologi dan kurikulum yang terkini selaras dengan kemahiran di peringkat dunia.

Syarat pemohon

i. Warganegara Malaysia;
ii. Masih berkhidmat sebagai pengajar dan mempunyai pengalaman mengajar dan bekerja di industri dalam bidang yang dipertandingkan tidak kurang dari 4 tahun;
iii. Mendapat kebenaran dan sokongan daripada majikan;
Kategori pemohon yang TIDAK LAYAK bertanding dalam Pertandingan MySkills:
i. Pemenang Platinum dan Emas Pertandingan MySkills terdahulu tidak layak menyertai pertandingan dalam bidang kemahiran yang sama.
ii. Urusetia, panel penggubal soalan dan panel hakim yang terlibat di dalam pertandingan
Prosedur Permohonan:
Peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan ini perlu memohon dengan mengisi secara online borang pertandingan yang dipapar melalui laman web http://www.skillsmalaysia.gov.my . Borang penyertaan perlu dikembalikan kepada pihak jabatan sebelum tarikh tutup iklan beserta bayaran sebanyak RM100.00 bagi setiap penyertaan

Penganugerahan

Peserta yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir layak menerima hadiah dan wang tunai seperti berikut :
Platinum : Piala, Sijil dan RM10 000.00
Emas : Sijil dan RM7 000.00
Perak : Sijil dan RM5 000.00
Gangsa : Sijil dan RM3 000.00
Sijil Kecemerlangan : Sijil Kecemerlangan dan RM500.00