WorldSkills Malaysia Belia (WSMB)

National Competition

contenttest

Pertandingan WorldSkills Malaysia kategori Belia (WSMB) atau dahulunya dikenali sebagai Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) adalah satu pertandingan kemahiran yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf pelatih dan pekerja mahir yang mempunyai kemahiran yang unggul. Pertandingan ini akan dijalankan melalui dua peringkat iaitu peringkat pra-kelayakan dan akhir. Ia akan dapat membantu meningkatkan tahap kemahiran sumber manusia di Malaysia yang bertaraf dunia.
Selain itu, ia dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang pentingnya bidang kemahiran kepada pembangunan negara.

Syarat pemohon

i. Warganegara Malaysia;
ii. Terbuka kepada pelatih atau pekerja mahir;
iii. Berumur 21 tahun ke bawah kecuali bidang Mekatronik & Information Network Cabling berumur 23 tahun ke bawah; dan
iv. Setiap peserta layak memohon satu bidang sahaja
Prosedur Permohonan
Peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan ini perlu memohon dengan mengisi lengkap borang pertandingan yang dipapar melalui laman web jabatan http://www.skillsmalaysia.gov.my. Permohonan penyertaan perlu mendapat pengesahan dan kelulusan agensi/majikan masing-masing.

Penganugerahan

Peserta yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir layak menerima hadiah dan wang tunai seperti berikut :
Emas – Sijil dan RM 5 000.00
Perak – Sijil dan RM2 500.00
Gangsa – Sijil dan RM1 500.00
Sijil Kecemerlangan – Sijil Kecemerlangan dan RM500.00