Info Pertandingan WorldSkills Malaysia 2024

1. Technical Description (TD)

Technical Description (TD) bagi setiap bidang pertandingan WorldSkills Malaysia adalah suatu dokumen yang dibangunkan bertujuan untuk memberikan penjelasan mengenai cara sesuatu bidang pertandingan dilaksanakan. Penjelasan ini bertujuan untuk memberikan pemahaman kepada pembaca tentang pengenalan bidang, spesifikasi standard, pendekatan penilaian, skema pemarkahan, dan lain-lain.

>>> Senarai Technical Description (TD)

2. Test Project (TP)

Test Project (TP) dalam konteks pertandingan WorldSkills Malaysia adalah merujuk kepada suatu tugasan yang harus diselesaikan oleh peserta bagi menguji keterampilan dan pengetahuan mereka dalam bidang tertentu. Test Project (TP) merupakan tugasan praktikal yang harus dilaksanakan dalam tempoh masa dan mematuhi standard kualiti yang ditetapkan. Hasil dari Test Project (TP) tersebut akan dinilai oleh hakim-hakim yang kompeten.

>>> Senarai Test Project (TP)

>>> Senarai Bahan/ Peralatan - Peserta Bawa

3. Jadual Pertandingan

Jadual pertandingan dirancang seperti berikut:

C-1 - Hari Penyesuaian Tapak (Familiarisation Day): Pada hari ini, peserta akan diberi taklimat oleh hakim mengenai peraturan dan prosedur pertandingan. Peserta juga akan diberi peluang untuk membuat penyesuaian tapak (familiarisation) sebelum pertandingan bermula.

C1, C2, C3 - Hari Pertandingan (Competition Day): Pertandingan akan diadakan pada hari-hari ini. Soalan pertandingan sebenar akan diberi dan peserta perlu menunjukkan kemahiran terbaik mereka.

C+1 - Hari Pemarkahan (Marking Day): Pemarkahan pertandingan akan dilakukan pada hari ini oleh panel hakim. Peserta tidak perlu hadir pada hari ini, kerana ia melibatkan proses pemarkahan sahaja.

Sebarang perubahan kepada jadual pertandingan akan dimaklum kepada peserta sebelum hari pertandingan oleh urus setia yang bertanggungjawab bagi setiap bidang pertandingan. Selain itu, taklimat secara online oleh hakim (jika perlu) akan diadakan sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum pertandingan untuk memastikan peserta memahami prosedur pertandingan. Tarikh, masa, dan pautan untuk taklimat online akan dimaklumkan kepada peserta dari masa ke semasa.

>>> Jadual Ujian Saringan Teori WSMP 2024

>>> *Terkini - Jadual Taklimat Pertandingan WSMB, WSMP, JSM 2024  (Peringkat Pra-Kelayakan)

>>> *TerkiniJadual Pertandingan WSMB, WSMP, JSM 2024 (Peringkat Pra-Kelayakan) - pindaan tarikh bagi bidang Drone Operating (JSM), Mobile Robotics (JSM), dan Electronics (WSMP)

>>> Jadual Pertandingan WSMB, WSMP, JSM 2024 (Peringkat Akhir) (Akan Dikemaskini Pada 24 Jun 2024)

4. Senarai Peserta

Tawaran kepada peserta yang layak untuk menyertai pertandingan adalah tertakluk kepada bayaran penyertaan yang perlu dijelaskan sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan. Sila rujuk Jadual Maklumat Kadar Yuran Penyertaan, Kaedah Bayaran & Tarikh Akhir Bayaran untuk maklumat terperinci. Peserta diingatkan untuk memastikan bayaran penyertaan dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan untuk mengelakkan sebarang kesulitan atau penolakan penyertaan.

>>> Senarai Peserta Layak Menduduki Ujian Saringan Teori WSMP 2024 

>>> Senarai dan Surat Tawaran Peserta Layak Menyertai Pertandingan WSMP 2024 (Peringkat Pra-Kelayakan)

>>> *Terkini - Senarai dan Surat Tawaran Peserta Layak Menyertai Pertandingan WSMB 2024 (Peringkat Pra-Kelayakan) - kemaskini nama peserta dari agensi TVET

>>> Senarai Peserta Layak Menyertai Pertandingan JSM 2024 (Peringkat Pra-Kelayakan) (Akan Dikemaskini Pada 03 Mei 2024)

>>> *Terkini - Jadual Maklumat Kadar Yuran Penyertaan, Kaedah Bayaran & Tarikh Akhir Bayaran (Peringkat Pra-Kelayakan) - pindaan butiran maklumat bayaran bagi bidang Robot System Integration (lokasi pertandingan - FANUC Klang)

 

>>> Senarai Peserta Layak Menyertai Pertandingan WSMP 2024 (Peringkat Akhir) (Akan Dikemaskini Pada 24 Jun 2024)

>>> Senarai Peserta Layak Menyertai Pertandingan WSMB 2024 (Peringkat Akhir) (Akan Dikemaskini Pada 24 Jun 2024)

>>> Senarai Peserta Layak Menyertai Pertandingan JSM 2024 (Peringkat Akhir) (Akan Dikemaskini Pada 24 Jun 2024)

>>> Jadual Maklumat Kadar Yuran Penyertaan, Kaedah Bayaran & Tarikh Akhir Bayaran (Peringkat Akhir) (Akan Dikemaskini Pada 24 Jun 2024)

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…