Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) adalah satu pertandingan kemahiran yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf pelatih dan pekerja mahir yang mempunyai kemahiran yang unggul. Pertandingan ini akan dijalankan melalui dua peringkat iaitu peringkat pra-kelayakan dan akhir. Ia akan dapat membantu meningkatkan tahap kemahiran sumber manusia di Malaysia yang bertaraf dunia. Selain itu, ia dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang pentingnya bidang kemahiran kepada pembangunan negara. Penganjuran Pertandingan Kemahiran Malaysia sebelum ini telah dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR)pada 13 September 1989. Pertandingan kali pertama diadakan di Changkat Pavillion, Kuala Lumpur pada 3 hingga 5 Jun 1990.Kini Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) mulai 2010. Sebanyak sepuluh (10) bidang kemahiran akan dipertandingkan pada 2010 melibatkan bidang-bidang berikut : Penyertaan bagi pertandingan ini adalah percuma dan terbuka kepada semua warga negara Malaysia yang berumur tidak melebihi 21 tahun. Mereka yang layak memohon adalah terdiri daripada : i) Warganegara ii) Terbuka kepada pelatih atau pekerja mahir; iii) Berumur 20 tahun ke bawah kecuali bidang Mekatronik 23 tahun ke bawah; dan iv) Setiap peserta layak memohon satu bidang sahaja. Personel Senarai Bahan Soalan dan Skema Pertandingan Jadual Pertandingan Surat Edaran Pertandingan Senarai Pemenang PKM 2012
1. Dandanan Rambut
6. Rekabentuk Laman Web
2. Teknologi Fesyen
7. Penyajian Makanan
3. Mekatronik
8. Masakan
4. Elektronik Industri
9. Penyelenggaraan Komputer dan Rangkaian
5. Rekabentuk Grafik
10. Kecantikan & Persolekan
![]()
![]()

![]()
Senarai Bahan Pra-Kelayakan Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) 2012 Anjuran JPK
![]()
Soalan Praktikal Pra-Kelayakan Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) 2012 Anjuran JPK
Skema Pemarkahan Pra-Kelayakan Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) 2012 Anjuran JPK
![]()
![]()
![]()
![]()
Surat Tawaran Peserta PKM (Swasta) Peringkat Pra-Kelayakan 2012
Pemenang Tangan Emas Perdana Menteri Bagi Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM)








