- Pengenalan
-
ASEAN Skills Competition (ASC) telah dianjurkan sejak 1995 yang mana Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan ini (1st. ASEAN Skills Competition di Kuala Lumpur) pada tahun 1995. Pertandingan ini dianjurkan setiap dua tahun secara bergilir oleh Negara-negara ASEAN.
Pertandingan ini merupakan landasan kepada para belia yang dipilih mewakili negara untuk bertanding, mendapat pengiktirafan dan memperoleh peluang untuk menonjolkan bakat kemahiran di ASC dan seterusnya di peringkat WSC. Disamping itu ianya juga dapat dijadikan penanda aras terhadap pengetahuan dan kemahiran jurulatih dan pakar yang telah dilantik dalam usaha negara untuk meraih pingat di pertandingan kemahiran samada di peringkat ASEAN dan dunia.








