Pertandingan Video Pendek IMAGINOVASI SkillsMalaysia merupakan satu pertandingan yang dianjurkan Jabatan Pembangunan Kemahiran sebagai salah satu daripada aktiviti Kempen Promosi Kesedaran SkillsMalaysia bagi tahun 2012.
Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran terhadap rakyat Malaysia terhadap kepentingan latihan kemahiran dalam usaha negara kita untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat.
Penyertaan untuk pertandingan dibuka bermula 16 September 2012 hingga 31 Oktober 2012. Namun demikian, tarikh tutup penyertaan telahpun dipinda dan dilanjutkan kepada 30 November 2012. Untuk keterangan lanjut mengenai syarat-syarat pertandingan, sila muat turun borang penyertaan melalui pautan di bawah.
Untuk menonton video contoh pertandingan, sila lawati pautan yang berikut :
1 .http://www.youtube.com/watch?v=Z8tVw7f48jI&feature=plcp
Muat Turun :
1. Borang dan syarat-syarat penyertaan









