JEMPUTAN SESI LATIHAN PERSEDIAAN WSMB 2017 PRA-Q BIDANG AUTOMOBILE TECHNOLOGY

28 Feb 2017

Sukacita di maklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) akan menganjurkan satu taklimat khas dan sesi latihan persediaan kepada semua peserta WSMB 2017 peringkat Pra-Kelayakan bidang Automobile Technology yang akan diadakan di CIAST Shah Alam,

Pihak Urusetia ingin menjemput semua calon peserta dari Institut/Agensi yang akan menyertai WSMB 2017 peringkat Pra-Kelayakan bidang Automobile Technology untuk menghadiri sesi latihan memasang “Engine PROTON VVT” ini yang akan diadakan seperti ketentuan berikut :

Tarikh    : 20hb-21hb Mac 2017 (Sila rujuk lampiran sesi)
Masa       : 9.00 pg hingga  5.00 ptg 
Lokasi    : Bengkel Automotif CIAST Shah Alam

*Kehadiran hanya untuk satu sesi sahaja kepada setiap peserta.

Untuk maklumat pihak tuan/puan, sesi latihan ini tidak akan dibekalkan minum dan makan kepada bakal peserta dan semua kos termasuk tempat penginapan dan pengangkutan akan ditanggung oleh agensi masing-masing. Kehadiran pada sesi latihan ini adalah TIDAK WAJIB kepada para peserta. Walaubagaimanapun peserta adalah digalakan hadir pada sesi latihan ini berdasarkan jadual sesi seperti dilampirkan sebagai persediaan latihan yang menyentuk aspek buka dan pasang enjin serta perkara-perkara yang dititikberatkan dalam pemarkahan semasa hari pertandingan. Peserta yang ingin menyertai sesi latihan ini adalah dinasihatkan untuk membawa alatan (comment tools) sendiri. Pihak PROTON akan menyediakan alatan khas semasa sesi latihan ini. Maklumbalas kehadiran peserta hendaklah diemelkan kepada En Hung Yew Kim hungyk@proton.com sebelum 6 MAC 2017.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai. Terima kasih

**Lampiran surat jemputan boleh dimuaturun di bawah.

Download

SURAT JEMPUTAN SESI LATIHAN PERSEDIAAN WSMB 2017 PRA-Q BIDANG AUTOMOBILE TECHNOLOGY