Bahagian Pejabat Pemantauan Projek (PMO)

Bahagian Pejabat Pemantauan Projek (PMO) terbahagi kepada 3 unit iaitu :-



1) Unit Pertandingan Kemahiran

    i.  Mengurus dan menyelaras Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia;
    ii. Menganjur dan mengurusetia Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) secara bersama dengan KKR;
    iii. Menganjur dan mengurusetia Pertandingan WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP)
    iv. Mengurus latihan peserta dan penyertaan Malaysia ke ASEAN Skills Competition (ASC);
    v.  Mengurus latihan peserta danpenyertaan Malaysia ke WorldSkills Competition (WSC); dan
    iv. Menyelaras lain-lain pertandingan kemahiran yang relevan.

 

2) Unit Promosi

Merancang dan menjalankan aktiviti promosi serta kempen kesedaran terhadap Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) melalui jenama SkillsMalaysia 2.0 kepada pelajar sekolah, pelajar IPT, guru-guru, ibu bapa, majikan, golongan pekerja, pemain industri dan semua lapisan masyarakat. Pelaksanaan program promosi adalah seperti berikut :

    i.   Program jerayawara (roadshow), pameran dan karnival.
    ii.  Penganjuran seminar dan persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
    iii. Promosi melalui media cetak, media elektronik, media sosial dan outdoor advertisement.
    vi. Penyelarasan bahan dan keperluan promosi Jabatan.

 

3) Unit Pengurusan Maklumat

Peranan utama Unit Pengurusan Maklumat kini tidak hanya terhad kepada aspek pengurusan, pelaksanaan, penyelenggaraan dan pemantauan sistem-sistem atas talian sedia ada, tetapi juga berperanan untuk  membangunkan dan mengemaskini portal JPK, mengawal operasi teknikal serta penting bagi memastikan keseluruhan sistem penyampaian perkhidmatan JPK dilaksanakan dengan cekap dan efisyen. Peranan dan tanggungjawab Unit Pengurusan Maklumat akan diperluaskan selaras dengan pelaksanaan dan penggunaan MySPIKE secara rasminya kepada semua stakeholder JPK .

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…