World Skills Malaysia Pengajar (WSMP)

Pertandingan MySkills terbuka kepada mereka yang mempunyai kelayakan berikut ::

yes Warganegara Malaysia

yes Pengalaman mengajar dan bekerja di institusi dalam bidang yang dipertandingkan tidak kurang dari 4 tahun

yes Mendapat kebenaran dan sokongan daripada majikan

 

Kategori pemohon yang tidak layak bertanding dalam Pertandingan MySkills adalah :

Delete Pemenang Platinum, Emas dan Perak dalam bidang yang sama tidak layak menyertai pertandingan dalam tempoh berikut iaitu Platinum (3 kali), Emas (2 Kali) dan Perak (1 Kali)

Delete Urusetia, panel penggubal soalan dan panel hakim yang terlibat di dalam pertandingan

 

Prosedur Permohonan

Peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan ini perlu memohon dengan mengiri lengkap borang pertandingan yang dipapar melalui laman web jabatan http://www.dsd.gov.my atau melalui iklan di akhbar utama. Borang penyertaan perlu dikembalikan kepada pihak jabatan sebelum tarikh tutup iklan beserta bayaran sebanyak RM100.00 bagi setiap penyertaan

 

Penganugerahan

Peserta yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir layak menerima hadiah dan wang tunai seperti berikut :

Pemenang Hadiah
Platinum Piala, Sijil dan RM10 000.00
Emas Sijil dan RM7 000.00
Perak Sijil dan RM5 000.00
Gangsa Sijil dan RM3 000.00
Sijil Kecemerlangan Sijil Kecemerlangan dan RM500.00
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…