Bahagian Perancangan, Penyelidikan & Pembangunan (PPP)
Bahagian Perancangan, Penyelidikan & Pembangunan (PPP) terbahagi kepada 3 unit :-
1) Unit Perancangan
i. Merancang, menggubal dan melaksana pindaan Akta Pembangunan Kemahiran 2006 (Akta 652);
ii. Merancang, menggubal dan meminda Peraturan-Peraturan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran 2006 (Akta 652);
iii. Mengurus penyertaan Jabatan dalam program antarabangsa;
iv. Mengurus penyediaan maklumbalas parlimen;
v. Mengurus penyediaan maklumbalas berkaitan dasar latihan kemahiran;
vi. Menyediakan laporan key performance indicator (KPI) bagi YB Menteri, Ketua Setiausaha (KSU) dan Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK);
vii. Meyelaras laporan pencapaian Business Plan Jabatan;
viii.Mengurusetia Mesyuarat Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK);
ix. Merancang dan mengurus Kumpulan Perancang Strategik (KPS) Jabatan;
x. Mengurusetia proses kenaikan pangkat berasaskan Kriteria Kecemerlangan (KC) bagi Skim Pegawai Latihan Vokasional/Penolong Pegawai Latihan Vokasional (PLV/PPLV);
xi. Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bersama (Joint Technical Committee, JTC) Jaminan Kualiti Tunggal TVET; dan
xii.Memantau pelaksanaan Bajet Berasaskan Outcome (OBB).
2) Unit Pembangunan
i. Menyelaras peruntukan pembangunan Jabatan;
ii. Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek di bawah Peruntukan Pembangunan Jabatan;
iii. Menyelaras penilaian outcome bagi projek pembangunan Jabatan di bawah Rancangan Malaysia; dan
iv. Menyediakan laporan prestasi perbelanjaan Peruntukan Pembangunan Jabatan.
3) Unit Penyelidikan
i. Mengurus dan memantau aktiviti berkaitan kajian latihan kemahiran;
a) Pelaksanaan kajian dalaman dan luaran; dan
b) Pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Kajian yang merangkumi:
1) Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Kajian;
2) Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kajian; dan
3) Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kajian.
ii. Mengurus data berkala dengan menyalurkan maklumat data yang diperlukan oleh agensi luar seperti ILMIA, KPM, MIDA, KSM dan MAMPU;
iii. Mengurus dan memantau penyediaan Q-Fact Jabatan; dan
iv. Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Data dan Statistik Jabatan.
v. Mengurus dan memantau penggunaan sistem knowledge bank bagi jabatan