Bahagian Kerjasama Strategik (BKS)


Bahagian Kerjasama Strategik bertanggungjawab membangunkan kerjasama strategik antara jabatan dan organisasi luar dengan menyelaras serta melaksanakan program dan aktiviti dalam perspektif pembangunan tenaga pekerja mahir. Fungsi Bahagian KS :-

  1. Mengurus dan menyelaras pelantikan dan aktiviti Badan Peneraju Industri (ILB).
  2. Menjalinkan aktiviti hubungan dan kerjasama strategik antara jabatan dan organisasi khususnya pihak majikan dan industri bertujuan menghasilkan impak positif serta manfaat kepada negara dan rakyat khususnya di dalam pembangunan sumber manusia mahir
  3. Mengurus dan menyelaras pelantikan dan aktiviti Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Kemahiran (JPPK).
  4. Mempromosi laluan artikulasi bagi graduan Persijilan Kemahiran Malaysia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…