JuniorSkills Malaysia (JSM)
Pertandingan JuniorSkills Malaysia (JSM) diperkenalkan bertujuan memilih dan mengiktiraf pelajar sekolah berumur 16 tahun dan ke bawah yang mempunyai potensi. Ia memberi pendedahan mengenai TVET pada peringkat lebih awal di kalangan pelajar-pelajar sekolah untuk memupuk minat generasi muda bagi menceburi kerjaya berasaskan kemahiran. Pertandingan peringkat antarabangsa - JuniorSkills Competition mula diperkenalkan semasa pertandingan Worldskills Competition (WSC) Sao Paola, Brazil 2015. Berikutan itu, pada tahun 2018; Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan JSM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).