SkillsMalaysia

 

SkillsMalaysia merupakan satu penjenamaan yang menjadi simbol transformasi latihan kemahiran bagi melambangkan jangkauan kemahiran ke aras paling cemerlang hasil daripada kesatuan aspirasi rakyat Malaysia dan keperluan pembangunan negara. Penjenamaan SkillsMalaysia telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Januari 2011 sebagai salah satu daripada 19 projek permulaan (EPP) dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP). Sebagai salah satu projek permulaan di bawah Program Transformasi Ekonomi. SkillsMalaysia bertujuan meningkatkan kesedaran dan membuka peluang kepada pelajar lepasan SPM supaya memilih latihan kemahiran sebagai pilihan utama dalam penentuan kerjaya.  Sehubungan  ini, para pelajar, ibubapa dan masyarakat amnya perlu didedahkan dan dididik terhadap kepentingan kemahiran serta peluang laluan kerjaya yang berpotensi tinggi. Aktiviti SkillsMalaysia meliputi pengendalian pertandingan kemahiran di peringkat nasional dan antarabangsa yang mana penganjurannya adalah untuk memupuk usaha bagi menarik minat para belia negara agar lebih berkeyakinan dan menghargai bidang kemahiran.

Selaras dengan keperluan pekerjaan, teknologi semasa dan  bidang  ekonomi yang diberi keutamaan, kurikulum yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran yang digunakan di pusat-pusat latihan kemahiran adalah memenuhi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard –NOSS). Manakala untuk penyeragaman dan pengiktirafan persijilan TEVT, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) akan diguna pakai sebagai persijilan tunggal kebangsaan bagi TEVT. Melalui program pelaksanaan persijilan tunggal kebangsaan ini, kualiti latihan dapat dipertingkatkan dan kaedah penyampaian dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Transformasi terhadap pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) di Malaysia ke arah membangunkan modal insan yang berkemahiran tinggi telah dimulakan seawal tingkatan satu dengan menerapkan kurikulum iaitu 70% latihan kemahiran vokasional dan 30 % pendidikan akademik. Penganugerahan SKM Tahap 2 kepada pelajar yang telah berjaya menamatkan latihan seawal 15 tahun berbanding 17 tahun sebelum ini. Artikulasi  bagi  pelajar  dalam vokasional di Malaysia adalah para pelajar berpeluang untuk melanjutkan latihan sehingga Diploma Vokasional  Malaysia melalui Kolej Vokasional di mana mereka akan menjalani praktikum di industri selama tujuh bulan bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki.

Peluasan aliran vokasional dalam sistem pendidikan Malaysia seawal dari tingkatan satu diharap mampu membawa kemajuan terhadap teknologi dan ekonomi Malaysia. Namun begitu, ketika ini dalam sistem pendidikan  kita hanya 10 peratus (%) daripada jumlah pelajar yang mengikuti pendidikan vokasional. Bilangan ini dikira kecil jika dibandingkan dengan negara lain seperti Korea Selatan 28%, Thailand 41%, Indonesia 51%, Jerman 59%, Australia 62% dan Belanda 68%. Sementara itu di kalangan negara OECD yang berjumlah 44 negara puratanya ialah sebanyak 44%.

Adalah diharapkan agar lebih ramai belia yang tenaga kerja yang berkemahiran tinggi mampu dihasilkan melalui transformasi pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia serta calon peserta yang mempunyai kompetensi  dalam  bidang dapat diketengahkan dalam WSC.

 

 

 logo SkillsMalaysia2

Muat turun Logo : PNG | PDF

 

 

 

 

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…