Events Calendar

Pertandingan WSMB/ WSMP/ JSM 2024 (Peringkat Pra-Kelayakan), 15 Mei 2024 - 13 Jun 2024
by pentadbirjpk

Jadual pertandingan dirancang seperti berikut:

C-1 - Hari Penyesuaian Tapak (Familiarisation Day): Pada hari ini, peserta akan diberi taklimat oleh hakim mengenai peraturan dan prosedur pertandingan. Peserta juga akan diberi peluang untuk membuat penyesuaian tapak (familiarisation) sebelum pertandingan bermula.

C1, C2, C3 - Hari Pertandingan (Competition Day): Pertandingan akan diadakan pada hari-hari ini. Soalan pertandingan sebenar akan diberi dan peserta perlu menunjukkan kemahiran terbaik mereka.

C+1 - Hari Pemarkahan (Marking Day): Pemarkahan pertandingan akan dilakukan pada hari ini oleh panel hakim. Peserta tidak perlu hadir pada hari ini, kerana ia melibatkan proses pemarkahan sahaja.

Sebarang perubahan kepada jadual pertandingan akan dimaklum kepada peserta sebelum hari pertandingan oleh urus setia yang bertanggungjawab bagi setiap bidang pertandingan. Selain itu, taklimat secara online oleh hakim (jika perlu) akan diadakan sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum pertandingan untuk memastikan peserta memahami prosedur pertandingan. Tarikh, masa, dan pautan untuk taklimat online akan dimaklumkan kepada peserta dari masa ke semasa.

Klik pautan di bawah untuk maklumat jadual terkini:

>>> Jadual Ujian Saringan Teori WSMP 2024

>>> Jadual Taklimat Online - Pertandingan WSMB, WSMP, JSM 2024  (Peringkat Pra-Kelayakan)

>>> Jadual Pertandingan WSMB, WSMP, JSM 2024 (Peringkat Pra-Kelayakan)

>>> Jadual Pertandingan WSMB, WSMP, JSM 2024 (Peringkat Akhir) (Akan Dikemaskini Pada 26 Jun 2024)

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…