Arahan Pentadbiran Pembatalan Permohonan Oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Bagi Pusat Bertauliah Yang Membatalkan Lawatan Setelah Surat Penugasan Panel Penilai Pentauliahan Program Kemahiran (PPPPK) Dikeluarkan

 

Ruj : JPK/700/5 Jld. 36 (53)
Tarikh : 28 Julai 2016


ARAHAN PENTADBIRAN PEMBATALAN PERMOHONAN OLEH JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BAGI PUSAT BERTAULIAH YANG MEMBATALKAN LAWATAN SETELAH SURAT PENUGASAN PANEL PENILAI PENTAULIAHAN PROGRAM KEMAHIRAN (PPPPK) DIKELUARKAN


Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sering mengalami situasi Penyedia Latihan Kemahiran (PLK) atau Pusat Bertauliah (PB) membatalkan lawatan penilaian pentauliahan yang telah dipersetujui pada saat-saat akhir. Perkara ini merumitkan pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia mengikut peruntukan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652).


Oleh yang demikian, JPK memutuskan bahawa sebarang pembatalan Lawatan Penilaian Pentauliahan Program Kemahiran oleh PLK atau PB adalah tidak dibenarkan setelah surat penugasan Panel PPPPK dikeluarkan.


Sehubungan itu, Jabatan memutuskan bahawa sesuatu permohonan dianggap terbatal sekiranya PLK atau PB membatalkan lawatan dan bayaran pentauliahan tidak akan dikembalikan. Permohonan baru hendaklah dikemukakan bersama fi dan caj yang baharu sekiranya PLK atau PB masih lagi berminat.

Tarikh Kuatkuasa

Pembatalan permohonan oleh JPK bagi PLK atau PB yang membatalkan lawatan setelah surat surat penugasan panel PPPPK dikeluarkan ini mula berkuatkuasa bagi permohonan pentauliahan yang dikemukakan mulai 01 Oktober 2016.

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Berkemahiran Penggerak Ekonomi”

Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia

 

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…