::: NOTIS AWAM - Pemakluman Penutupan Sementara Operasi Kaunter Khidmat Pelanggan JPK Cyberjaya Dari 13 Julai 2020 sehingga 31 Ogos 2020
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
NOTIS AWAM
BERKAITAN PENUTUPAN SEMENTARA
OPERASI KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN
PEJABAT JPK CYBERJAYA
DARI 13 JULAI 2020 SEHINGGA 31 OGOS 2020.
Berikutan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik di ruang Kaunter Khidmat Pelanggan Pejabat JPK Cyberjaya, pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ingin memaklumkan bahawa operasi Kaunter Khidmat Pelanggan Pejabat JPK Cyberjaya akan DITUTUP SEMENTARA dari 13 Julai 2020 sehingga 31 Ogos 2020. Urusan Kaunter Khidmat Pelanggan JPK Cyberjaya akan beroperasi secara sementara di lokasi Ibu Pejabat JPK Putrajaya. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-8886 5589 atau email jpk[at]mohr[dot]gov[dot]my
Sekian dimaklumkan dan terima kasih.
KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
15 JULAI 2020