Notis Awam : Pemberian Bantuan Secara “One-Off” Sebanyak Rm200 Kepada Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT)

logo jata negara png 6

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

NOTIS AWAM

BERKAITAN PEMBERIAN BANTUAN SECARA “ONE-OFF” SEBANYAK RM200 KEPADA PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT) MENERUSI PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN) YANG TELAH DIUMUMKAN OLEH YAB. PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA 27 MAC 2020

YAB. Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pemberian bantuan secara “one-off” sebanyak RM200 kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac 2020 mencakupi pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi. Namun demikian, adalah dimaklumkan bahawa Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) TIDAK TERMASUK di dalam pemberian bantuan secara “one-off” sebanyak RM200 ini.

 

 

KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
8 APRIL 2020
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…