PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMUA PUSAT BERTAULAH YANG DITAULIAHKAN OLEH JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMUA PUSAT BERTAULAH YANG DITAULIAHKAN OLEH JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

Selaras dengan arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan dalam perutusan khas oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) memaklumkan bahawa semua Pusat Bertauliah JPK adalah tertakluk kepada penutupan sementara berkuatkuasa dari 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Tindakan penutupan ini perlu diambil bagi membendung penularan wabak Covid-19. Jabatan ini menasihatkan semua pihak agar sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan ini serta sentiasa mengamalkan penjagaan kesihatan seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sekian, terima kasih

Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

17 Mac 2020

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…