Tarikh : 17 Julai 2013

PEMBEKUAN PERMOHONAN PENTAULIAHAN PROGRAM BAGI PROGRAM OPERASI PENGELUARAN PLASTIK (MC-100-3:2012)

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan pentauliahan program bagi program Operasi Pengeluaran Plastik (MC-100-3:2012) telah dibekukan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sehubungan itu, pusat bertauliah yang telah mendapat pentauliahan bagi NOSS lama program berkenaan seperti senarai dibawah, boleh meneruskan latihan bagi program tersebut dan hendaklah kemukakan permohonan pembaharuan sekiranya telah tamat tempoh pentauliahan. Permohonan penambahan program juga boleh dikemukakan bagi pusat bertauliah / penyedia latihan kemahiran yang berminat.

Bil
Kod NOSS
 Nama NOSS
1
 PG-010-1
 Juruteknik Rendah Pengeluaran Penyemperitan Plastik (Termoplastik) 
2 PG-010-2  Juruteknik Pengeluaran Penyemperitan Plastik (Termoplastik)
3 PG-010-3  Juruteknik Kanan Pengeluaran Penyemperitan Plastik (Termoplastik)
4 PG-020-1  Juruteknik Rendah Pengeluaran Pengacuan Putaran Plastik (Termoplastik)
5 PG-020-2  Juruteknik Pengeluaran Pengacuan Putaran Plastik (Termoplastik)
6 PG-020-3  Juruteknik Kanan Pengeluaran Pengacuan Putaran Plastik (Termoplastik)
7 PG-030-1  Juruteknik Rendah Pengeluaran Pengacuan Suntikan Plastik (Termoplastik)
8 PG-030-2  Juruteknik Pengeluaran Pengacuan Suntikan Plastik (Termoplastik)
9 PG-030-3  Juruteknik Kanan Pengeluaran Pengacuan Suntikan Plastik (Termoplastik)
10 PG-040-1  Juruteknik Rendah Pengeluaran Pengacuan Tiupan Plastik (Termoplastik)
11 PG-040-2  Juruteknik Pengeluaran Pengacuan Tiupan Plastik (Termoplastik)
12 PG-040-3  Juruteknik Kanan Pengeluaran Pengacuan Tiupan Plastik (Termoplastik)
13 PG-050-1  Juruteknik Rendah Pengeluaran Pengacuan Suntikan Plastik (Termoset)
14 PG-050-2  Juruteknik Pengeluaran Pengacuan Suntikan Plastik (Termoset)
15 PG-050-3  Juruteknik Kanan Pengeluaran Pengacuan Suntikan Plastik (Termoset)
16 PG-060-1  Juruteknik Rendah Pengeluaran Pengacuan Mampatan Plastik (Termoset)
17 PG-060-2  Juruteknik Pengeluaran Pengacuan Mampatan Plastik (Termoset)
18 PG-060-3  Juruteknik Kanan Pengeluaran Pengacuan Mampatan Plastik (Termoset)

 

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Pemangkin Transformasi Negara”

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Kemahiran

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…