Pertandingan World Skills Malaysia Pengajar (WSMP)

 

WSMP merupakan pertandingan kemahiran untuk meningkatkan kekompetenan dan daya saing di kalangan pengajar atau jurulatih institusi latihan kemahiran atau pendidikan awam, swasta dan industri. Dengan adanya pertandingan ini, pengajar dapat bersaing secara sihat untuk menunjukkan kemahiran yang dimiliki di samping mendapat pengiktirafan dan ganjaran yang ditawarkan. Tenaga pengajar juga akan mendapat pendedahan berkaitan teknologi dan kurikulum berkaitan yang bertaraf dunia.

 

Pertandingan WSMP terbuka kepada mereka yang mempunyai kelayakan berikut :

yes Warganegara Malaysia

yes Bertugas sebagai tenaga pengajar.

yes Pengalaman mengajar dan bekerja di institusi dalam bidang yang dipertandingkan tidak kurang dari 4 tahun

yes Mendapat kebenaran dan sokongan daripada majikan

 

Kategori pemohon yang tidak layak bertanding dalam Pertandingan MySkills adalah :

Delete Pemenang pingat Platinum dan Emas tidak layak menyertai pertandingan akan datang dalam bidang kemahiran yang sama.

Delete Urusetia, panel penggubal soalan dan panel hakim yang terlibat di dalam pertandingan

 

Prosedur Permohonan

i.   Pemohon yang berminat untuk menyertai pertandingan ini perlu memohon menyertai pertandingan dengan mengisi borang penyertaan secara online di laman web www.dsd.gov.my.
ii.  Permohonan ini perlu diisi dengan lengkap. Permohonan penyertaan yang tidak lengkap dan mengandungi maklumat palsu tidak akan dilayan manakala yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.
iii. Sebarang permohonan yang tidak memenuhi syarat yang ditetapkan akan ditolak.
iv. Pemohon dari Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)/ Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) perlu mengemukakan permohonan melalui ibu pejabat agensi (permohonan persendirian akan ditolak).
v.  Permohonan perlu disahkan oleh ketua jabatan/majikan masing-masing.
vi. Peserta bagi WSMP perlu menjelaskan yuran penyertaan berjumlah RM100.00 semasa permohonan.
vii.Peserta yang berdaftar di dalam sistem sahaja layak untuk menduduki ujian saringan WSMP.

 

Penganugerahan

Peserta yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir layak menerima hadiah dan wang tunai seperti berikut :

Pemenang Hadiah
Platinum Piala, Sijil dan RM10 000.00
Emas Pingat dan RM7 000.00
Perak Pingat dan RM5 000.00
Gangsa Pingat dan RM3 000.00
Sijil Kecemerlangan Sijil Kecemerlangan dan RM500.00
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…