Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB)

Pertandingan WSMB merupakan pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan yang dianjurkan setiap tahun bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf belia atau pekerja mahir yang mempunyai kemahiran unggul. Pertandingan ini terbuka kepada belia yang berumur 21 tahun ke bawah kecuali beberapa bidang kemahiran dengan syarat umur 23 tahun dan ke bawah. Penganjuran pertandingan ini membantu meningkatkan tahap kemahiran tenaga manusia di Malaysia yang bertaraf dunia. Selain itu, ia dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang pentingnya bidang kemahiran kepada pembangunan negara.

 

Syarat Permohonan

yes Warganegara Malaysia;
yes Terbuka kepada belia yang berumur:
     - Tidak melebihi 21 tahun
     - Tidak melebihi 23 tahun bagi bidang Mechatronics, Aircraft Maintenance, Information Network Cabling, Cloud Computing dan Rapid Transit Systems.
yes Setiap pemohon hanya layak memohon satu bidang sahaja;

 

Kategori pemohon yang tidak layak bertanding dalam Pertandingan WSMB adalah :

Delete  Pemenang pingat Emas tidak layak memohon untuk menyertai pertandingan akan datang dalam bidang kemahiran yang sama.
Delete  Peserta yang pernah mewakili negara ASEAN Skills Competition (ASC) dan WorldSkills Competition (WSC).

 

Prosedur Permohonan

i.   Pemohon yang berminat untuk menyertai pertandingan ini perlu memohon menyertai pertandingan dengan mengisi borang penyertaan secara online di laman web www.myspike.gov.my 
ii.  Permohonan ini perlu diisi dengan lengkap. Permohonan penyertaan yang tidak lengkap dan mengandungi maklumat palsu tidak akan dilayan manakala yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.
iii. Sebarang permohonan yang tidak memenuhi syarat yang ditetapkan akan ditolak.
iv. Pemohon dari Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)/ Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) perlu mengemukakan permohonan melalui ibu pejabat agensi (permohonan persendirian akan ditolak).
v.  Permohonan perlu disahkan oleh ketua jabatan/majikan masing-masing.
vi. Peserta yang berdaftar di dalam sistem sahaja layak menyertai pertandingan.

 

PENGANUGERAHAN

Pemenang Hadiah
Emas Pingat dan RM 5 000.00
Perak Pingat dan RM3 000.00
Gangsa Pingat dan RM1 500.00
Sijil Kecemerlangan Sijil Kecemerlangan dan RM500.00
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…