Badan Peneraju Industri (ILB)

1) Pengenalan

ILB merupakan organisasi pemacu sesebuah sektor industri yang dilantik oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi melaksanakan fungsi-fungsi mengikut keperluan JPK.

 
2) Kriteria ILB

i. Mendapat mandat dari pihak berkuasa berkaitan.
ii. Mendapat mandat daripada pemain utama industri berkaitan atau 

iii. Mempunyai akta tertentu yang mengawal selia industri.

3) Peranan ILB

i.  Memastikan sumber tenaga mahir berasaskan kemahiran mencukupi di pasaran buruh.
ii. Sebagai jurucakap kepada industri yang diwakili.
iii. Menjadi penghubung dalam memberi maklumbalas secara terus kepada JPK berkaitan keperluan bidang, perkongsian pintar dan cost sharing
iv. Merancang dan memacu pertumbuhan serta perkembangan industri.
v.  Mencadangkan mekanisma terbaik dalam memartabatkan TVET.
vi. Mempromosikan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) kepada industri.

4) Aktiviti ILB

i. Pembangunan Occupational Framework (OF)
Mengenalpasti rangka kerja pengelasan pekerjaan dalam sesuatu industri
Mengenalpasti kemahiran dan keperluan latihan yang diperlukan oleh industri
Mendapatkan data yang mencukupi dan terkini daripada industri yang berkaitan

ii. Pembangunan Standard Dan Kurikulum
Mencadangkan NOSS baru bagi memenuhi industri bagi sektor berkenaan
Mengkaji semula Standard sedia ada mengikut keperluan industri

iii. Penyelidikan Dan Pembangunan
Menjalankan kajian permintaan dan penawaran tenaga kerja
Menerajui hala tuju industri ke arah aktiviti yang berimpak tinggi dalam mengenalpasti keperluan kemahiran

iv.. Promosi Sistem Pekerjaan Kemahiran Malaysia (SPKM)
Memperkenalkan identiti sebagai Badan Peneraju Industri bagi bidang yang diwakilinya;
Memperkenalkan JPK sebagai badan persijilan dan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) yang merangkumi Sistem Latihan Pusat Bertauliah (SLaPB), Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Pengiktirafan Pencapaian Tedahulu (PPT);
Mempromosi dan menerangkan Kerangka Pekerjaan dan Standard yang telah dibangunkan serta kepentingannya kepada industri;
Membentangkan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan;
Menggalakkan individu untuk terlibat sebagai personel di dalam SPKM;

v. Pengiktirafan Pekerja Mahir melalui PPT
Mendorong pihak syarikat untuk mengiktiraf pengalaman dan kepakaran pekerja industri berdasarkan kelayakan dan kompentensi yang dimiliki oleh pekerja
Mengalakkan pekerja industri untuk mengikut pembelajaran dan latihan kemajuan teknologi yang berterusan secara formal dan berstruktur (up-skilling dan re-skilling)
Membangunkan kerjaya pekerja industri secara berstruktur berdasarkan kompetensi pekerja.

 

5) Senarai Badan Peneraju Industri ( ILB) 

 Peneraju ILB

   Senarai Organisasi dan Bidang

 

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…