Bahagian Perancangan, Penyelidikan & Pembangunan (PPP)

 

Bahagian Perancangan, Penyelidikan & Pembangunan (PPP) terbahagi kepada 3 unit :-


1) Unit Perancangan

    i.   Merancang, menggubal dan melaksana pindaan Akta Pembangunan Kemahiran 2006 (Akta 652);
    ii.  Merancang, menggubal dan meminda Peraturan-Peraturan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran 2006 (Akta 652);
    iii. Mengurus penyertaan Jabatan dalam program antarabangsa;
    iv. Mengurus penyediaan maklumbalas parlimen;
    v.  Mengurus penyediaan maklumbalas berkaitan dasar latihan kemahiran;
    vi.  Menyediakan laporan key performance indicator (KPI) bagi YB Menteri, Ketua Setiausaha (KSU) dan Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK);
    vii. Meyelaras laporan pencapaian Business Plan Jabatan;
    viii.Mengurusetia Mesyuarat Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK);
    ix. Merancang dan mengurus Kumpulan Perancang Strategik (KPS) Jabatan;
    x.  Mengurusetia proses kenaikan pangkat berasaskan Kriteria Kecemerlangan (KC) bagi Skim Pegawai Latihan Vokasional/Penolong Pegawai Latihan Vokasional (PLV/PPLV);
    xi. Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bersama (Joint Technical Committee, JTC) Jaminan Kualiti Tunggal TVET; dan
    xii.Memantau pelaksanaan Bajet Berasaskan Outcome (OBB).


2) Unit Pembangunan

    i. Menyelaras peruntukan pembangunan Jabatan;
    ii. Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek di bawah Peruntukan Pembangunan Jabatan;
    iii. Menyelaras penilaian outcome bagi projek pembangunan Jabatan di bawah Rancangan Malaysia; dan
    iv. Menyediakan laporan prestasi perbelanjaan Peruntukan Pembangunan Jabatan.


3) Unit Penyelidikan

     i. Mengurus dan memantau aktiviti berkaitan kajian latihan kemahiran;
        a) Pelaksanaan kajian dalaman dan luaran; dan
        b) Pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Kajian yang merangkumi:
            1) Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Kajian;
            2) Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kajian; dan
            3) Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kajian.
     ii.  Mengurus data berkala dengan menyalurkan maklumat data yang diperlukan oleh agensi luar seperti ILMIA, KPM, MIDA, KSM dan MAMPU;
     iii. Mengurus dan memantau penyediaan Q-Fact Jabatan; dan
     iv. Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Data dan Statistik Jabatan.
     v.  Mengurus dan memantau penggunaan sistem knowledge bank bagi jabatan

 

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…