Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Kemahiran akan melaksanakan aktiviti pembangunan dan pemurnian soalan latihan kemahiran melalui 12 siri mesyuarat kerja pada tahun 2015. Objektif mesyuarat ini adalah untuk membangun dan menyediakan soalan latihan kemahiran yang memenuhi spesifikasi bagi pelaksanaan penilaian akhir Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) berasaskan kredit kemahiran.

Berikut adalah tarikh bagi siri mesyuarat kerja 2015:

Siri Mesyuarat

Tarikh
1 15 - 20 MAC 2015
2 29 MAC - 3 APRIL 2015
3    19 - 24 APRIL 2015
 4 24 - 29 MEI 2015
5 7 - 12 JUN 2015
6 2 - 7 OGOS 2015
7 16 - 21 OGOS 2015
8 6 - 11 SEPTEMBER 2015
9 4 - 9 OKTOBER 2015
10 18 - 23 OKTOBER 2015
11 1 - 6 NOVEMBER 2015
12 15 - 20 NOVEMBER 2015

Penyertaan Program

Permohonan bagi mengikuti program adalah terbuka kepada semua personel pentauliahan yang terdiri daripada Pegawai Penilai (PP), Pegawai Pengesah Dalaman (PPD), Pengurus Pusat Bertauliah (PPB), Pegawai Pengesah luaran (PPL) atau Pakar Pengajar / Pakar Industri yang telah dilantik oleh CIAST yang mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun sebagai pengajar institut latihan kemahiran.

Keutamaan penyertaan akan diberikan kepada mereka yang berpengalaman dalam NOSS seperti di LAMPIRAN A (klik di sini).

Kaedah Permohonan

Mengemukakan permohonan ke JPK dengan melengkapkan Permohonan Sebagai Panel Pembangun/ Pemurnian Soalan Latihan Kemahiran (klik di sini) untuk muat turun borang Permohonan Sebagai Panel Pembangun/ Pemurnian Soalan Latihan Kemahiran). Permohonan yang lengkap hendaklah difaks kepada 03-83214868 atau email kepada pegawai berikut:

Bil
Nama
Emel
1
 Siti Fauziah binti Jumadi sfauziah[at]mohr[dot]gov[dot]my
2
 Yusni Amir bin Dahlan yusniamir[at]mohr[dot]gov[dot]my
3
 Shaharizal bin Shaharudin shaharizal[at]mohr[dot]gov[dot]my
4  Norhafizah binti Biyamin norhafizah.by[at]mohr[dot]gov[dot]my
5  Kartini binti Hamzah kartinihamzah[at]mohr[dot]gov[dot]my
6  Faliza binti Fudzil faliza.f[at]mohr[dot]gov[dot]my

 

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…