Program ini adalah bertujuan untukmemberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada wakil Penyedia Latihan Kemahiran (PLK) yang terlibat dengan proses penyediaan dokumen permohonan untuk Pentauliahan Program Kemahiran berdasarkan Kod Amalan Pentauliahan Program Kemahiran (KAPPK). Klinik ini akan merangkumi prosedur permohonan, proses kerja, dasar, kriteria, standard dan juga khidmat nasihat sebelum PLK mengemukakan permohonan pentauliahan program kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Program Bimbingan Pentauliahan siri kedua untuk tahun 2015 akan dijalankan seperti maklumat berikut :

 

Tempat

 

:

 

Bilik Mesyuarat Dahlia, Aras 2

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Blok 4803, Suite 0-10, CBD Perdana

Off Persiaran Multimedia

63000 Cyberjaya

Selangor

(Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian)

 

Tarikh

 

Masa

 

:

 

:

11 Mac 2015

 

9.00 pagi - 2.00 petang

 

Jumlah peserta

 

:

 

 

Dihadkan kepada 20 orang setiap sesi dan dua peserta bagi setiap PLK

 

Bayaran

 

:

 

Tiada Bayaran Dikenakan.

(Semua kos pengangkutan dan penginapan adalah ditanggung oleh PLK.  JPK akan menyediakan makan dan minum semasa sesi berkenaan)

 

Wakil PLK  yang berminat hendaklah mengisi Borang Penyertaan Program Bimbingan Pentauliahanyang disertakan. Borang penyertaan yang lengkap diisi hendaklah di fakskan ke 03-8889 2430 atau email kepada pegawai penyelaras berikut:

 

Nor Aini binti Abdullah

 

No. Tel : 03-8886 2311

 

Email    : noraini.a @mohr.gov.my

 

 

 

Sesi Program Bimbingan Pentauliahanberikutnyaakan dimaklumkan kemudian.

 

 

Sekiranya terdapat pertanyaan, sila hubungi pegawai penyelaras tersebut.

                     

 save Borang Penyertaan (muat turun)

 

 

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…