World Skills Malaysia Belia (WSMB)
Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) adalah satu pertandingan kemahiran yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf pelatih dan pekerja mahir yang mempunyai kemahiran yang unggul. Pertandingan ini akan dijalankan melalui dua peringkat iaitu peringkat pra-kelayakan dan akhir. Ia akan dapat membantu meningkatkan tahap kemahiran sumber manusia di Malaysia yang bertaraf dunia. Selain itu, ia dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang pentingnya bidang kemahiran kepada pembangunan negara.
Syarat Permohonan
Warganegara Malaysia;
Terbuka kepada pelatih atau pekerja mahir;
Berumur 20 tahun ke bawah kecuali bidang Mekatronik 23 tahun ke bawah; dan
Setiap peserta layak memohon satu bidang sahaja Prosedur Permohonan
Peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan ini perlu memohon dengan mengisi lengkap borang pertandingan yang dipapar melalui laman web jabatan http://www.skillsmalaysia.gov.my. Permohonan penyertaan perlu mendapat pengesahan dan kelulusan agensi/majikan masing-masing.
PENGANUGERAHAN
Pemenang | Hadiah |
Emas | Sijil dan RM 5 000.00 |
Perak | Sijil dan RM3 000.00 |
Gangsa | Sijil dan RM1 500.00 |
Sijil Kecemerlangan | Sijil Kecemerlangan dan RM500.00 |