Pengenalan
Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) merupakan acara kemuncak di dalam penganjuran pertandingan kemahiran. Ianya bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penganugerahan kepada pemenang yang berjaya di dalam pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan (WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) dan WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP)) dan di peringkat antarabangsa iaitu WorldSkills Competition (WSC). Majlis dan program ini adalah bertujuan untuk menyuntik semangat akhir serta meraikan peserta di samping mempromosikan penyertaan kepada masyarakat umum.