WorldSkills Malaysia Belia (WSMB)
Pertandingan WSMB merupakan pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan yang dianjurkan setiap tahun bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf belia atau pekerja mahir yang mempunyai kemahiran unggul. Pertandingan ini terbuka kepada belia yang berumur 20 tahun ke bawah kecuali beberapa bidang kemahiran dengan syarat umur 22 tahun dan ke bawah. Penganjuran pertandingan ini membantu meningkatkan tahap kemahiran tenaga manusia di Malaysia yang bertaraf dunia. Selain itu, ia dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang pentingnya bidang kemahiran kepada pembangunan negara.
Syarat Permohonan
Warganegara Malaysia;
Terbuka kepada belia yang berumur:
- Tidak melebihi 20 tahun
- Tidak melebihi 22 tahun bagi bidang Aircraft Maintenance, Digital Construction, Cloud Computing, Cyber Security, Industrial Design Technology, Industry 4.0, Information Network Cabling, Mechatronics, Manufacturing Team Challenge, Optoelectronic Technology, Robot Systems Integration dan Water Technology; Setiap pemohon hanya layak memohon satu bidang sahaja;
Kategori pemohon yang tidak layak bertanding dalam Pertandingan WSMB adalah :
Pemenang pingat Emas tidak layak memohon untuk menyertai pertandingan akan datang dalam bidang kemahiran yang sama.
Peserta yang pernah mewakili negara ASEAN Skills Competition (WS ASEAN) dan WorldSkills Competition (WSC).
Prosedur Permohonan
i. Permohonan adalah secara online di laman web: dsd.gov.my; www.myspike.my atau www.skillsmalaysia.gov.my.
ii. Permohonan perlu diisi dengan lengkap.
iii. Sebarang permohonan yang tidak memenuhi syarat yang ditetapkan akan ditolak.
iv. Permohonan perlu mendapat kebenaran ketua jabatan/majikan masing-masing.
v. Peserta yang berdaftar di dalam sistem sahaja layak untuk menduduki ujian saringan teori bagi WSMP dan pertandingan pra-kelayakan bagi WSMB dan JSM.
vi. Permohonan bagi bidang kemahiran yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) akan diproses oleh JPK manakala permohonan bagi bidang kemahiran yang dianjurkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) akan diproses oleh KKR.
Penganugerahan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB)
