WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP)
WSMP merupakan pertandingan kemahiran untuk meningkatkan kekompetenan dan daya saing di kalangan pengajar atau jurulatih institusi latihan kemahiran atau pendidikan awam, swasta dan industri. Dengan adanya pertandingan ini, pengajar dapat bersaing secara sihat untuk menunjukkan kemahiran yang dimiliki di samping mendapat pengiktirafan dan ganjaran yang ditawarkan. Tenaga pengajar juga akan mendapat pendedahan berkaitan teknologi dan kurikulum berkaitan yang bertaraf dunia.
Pertandingan WSMP terbuka kepada mereka yang mempunyai kelayakan berikut :
Warganegara Malaysia;
Bertugas sebagai tenaga pengajar atau jurulatih;
Mendapat kebenaran dan sokongan daripada majikan;
Setiap pemohon hanya layak memohon satu bidang sahaja;
Kategori pemohon yang tidak layak bertanding dalam Pertandingan MySkills adalah :
Pemenang pingat Platinum dan Emas tidak layak menyertai pertandingan akan datang dalam bidang kemahiran yang sama.
Urusetia, panel penggubal soalan dan panel hakim yang terlibat di dalam pertandingan
Prosedur Permohonan
i. Permohonan adalah secara online di laman web: dsd.gov.my; www.myspike.my atau www.skillsmalaysia.gov.my
ii. Permohonan perlu diisi dengan lengkap.
iii. Sebarang permohonan yang tidak memenuhi syarat yang ditetapkan akan ditolak.
iv. Permohonan perlu mendapat kebenaran ketua jabatan/majikan masing-masing.
v. Peserta yang berdaftar di dalam sistem sahaja layak untuk menduduki ujian saringan teori bagi WSMP dan pertandingan pra-kelayakan bagi WSMB dan JSM.
vi. Permohonan bagi bidang kemahiran yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) akan diproses oleh JPK manakala permohonan bagi bidang kemahiran yang dianjurkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) akan diproses oleh KKR.
Penganugerahan WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP)
