JuniorSkills Malaysia (JSM)

JuniorSkills Malaysia (JSM)

Pertandingan JuniorSkills Malaysia (JSM) diperkenalkan bertujuan memilih dan mengiktiraf pelajar sekolah berumur 16 tahun dan ke bawah yang mempunyai potensi. Ia memberi pendedahan mengenai TVET pada peringkat lebih awal di kalangan pelajar-pelajar sekolah untuk memupuk minat generasi muda bagi menceburi kerjaya berasaskan kemahiran. Pertandingan peringkat antarabangsa - JuniorSkills Competition mula diperkenalkan semasa pertandingan Worldskills Competition (WSC) Sao Paola, Brazil 2015. Berikutan itu, pada tahun 2018; Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan JSM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pertandingan JSM terbuka kepada mereka yang mempunyai kelayakan berikut :

yes Warganegara Malaysia;

yes Terbuka kepada pelajar yang berumur 16 tahun dan ke bawah;

yes Setiap pemohon hanya layak memohon satu bidang sahaja;

Kategori pemohon yang tidak layak bertanding dalam Pertandingan MySkills adalah :

Delete Pemenang pingat Emas tidak layak menyertai pertandingan akan datang dalam bidang kemahiran yang sama.

Kos Bahan Guna Habis

  1. Kos bahan gunahabis peringkat pra-kelayakan dan akhir ditanggung oleh peserta/agensi;
  2. Peserta/agensi yang telah menjelaskan kos bahan gunahabis sahaja layak untuk menyertai pertandingan;
  3. Bayaran kos bahan gunahabis oleh peserta/agensi adalah terus kepada penganjur lokasi pertandingan; dan
  4. Bayaran kos bahan gunahabis akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Kemahiran.

Prosedur Permohonan

  1. Permohonan adalah secara online di laman web: dsd.gov.my; www.myspike.my atau www.skillsmalaysia.gov.my.
  2. Permohonan perlu diisi dengan lengkap.
  3. Sebarang permohonan yang tidak memenuhi syarat yang ditetapkan akan ditolak.
  4. Peserta yang berdaftar di dalam sistem sahaja layak untuk menduduki ujian saringan teori bagi WSMP dan pertandingan pra-kelayakan bagi WSMB dan JSM.

 

Penganugerahan JuniorSkills Malaysia (JSM)

Image